Profile of Entrepreneur by Popular Product Invention

Pengasas Sendayu Tinggi
Diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim dengan modal sebanyak RM400.00 sebagai permulaan dengan memasarkan produk Enigma Beauty. Pembungkusan dan penghasilan produk dilakukan kecil-kecilan bersama anak-anak di rumah dan dijual kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.
Setelah mendapat modal, beliau memulakan pengeluaran produk pelangsingan yang menggunakan diri sendiri sebagai testimoni terawal. Ia melonjakkan nama Sendayu Tinggi pada ketika itu yang merupakan antara pelopor herba terawal di Malaysia.
Kini Sendayu Tinggi memiliki lebih dari 400 jenis produk pelbagai pilihan dari herba, penjagaan wajah dan tatarias diri di dalam sebuah butik ekslusif. Sendayu Tinggi mereka cipta produk termasuk dari formulasi produk, design, idea dan pemasaran hingga kepada pengguna.
Penubuhan Sendayu Tinggi Manufacturing pada tahun 2004
  • Pada tahun 2000-2004, pengeluaran produk sendayu dilakukan oleh 2 pengilang kontrak iaitu Pollens Sdn Bhd & Ganoderma Nutriceuticals.
  • Kini STM mampu untuk menjalankan beberapa pengeluaran yang terdiri daripada kapsulling, blistering, sacheting. STM juga dalam proses penambahan pengeluaran bagi tabletting, oil dan liquid filling.
  • Pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kebersihan dan lanskap terbaik di seluruh selangor anjuran MPK.
  • Mendapat keputusan BAIK selama 3 tahun berturut-turut bagi pemeriksaan pengawalan kesihatan kakitangan dan jentera oleh JKKP (Jab. Kes. Keselamatan Pekerja)
  • Mendapat keputusan memuaskan 2 tahun berturut-turut daripada KKM (sejak 2008-2010), pemeriksaan mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan didalam proses untuk mendapatkan HACCAP dan ISO.
  • Permintaan untuk melawat STM tinggi yang kebanyakannya daripada badan kerajaan seperti, PUSPITA, PUTERI UMNO, dan badan-badan persatuan daripada IPT.
  • Pilihan bagi pelajar lepasan Universiti menjalankan latihan praktikal selama 5bulan pada setiap tahun.
  • STM menjadi lokasi pengambaran drama bersiri terbitan RTM pada tahun 2010 lakonan Alice Woo, Rosnah Johari, Shahrudin Tamby, Faizal Hussin dan lain-lain pelakon tempatan.
Penubuhan Outlet Serta Perancangan Sendayu Tinggi
  • Pada tahun 2009 Sendayu Tinggi seudah mula meluaskan empayar perniagaan dengan mendaftar sistem pemasaran single level kepada perlesenan sebelum francais.
  • Butik Sendayu Tinggi yang pertama ialah Nusa Bestari ditubuhkan pada 19/11/2009
  • Pada ogos 2012 Sendayu Tinggi memliki 27 buah outlet seluruh Malaysia dengan keahlian melebihi 50,000 orang setelah hamper 2 tahun diperkenalkan
  • Outlet sasaran seluruh Malaysia sebanyak 300 buah dan memiliki Francais di luar Negara.
  • Sasaran ingin menjadi satu-satunya produk bumiputera yang berkualiti serta dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
Sendayu Tinggi Enter. 1998-1999
  • 1997-1998 – ST ditubuhkan dan sedang menjalankan 'Research & Trial Market' serta pendaftran produk.
  • Mula ditubuhkan pada tahun 1998 melalui Sendayu Tinggi Enterprise.
  • 1999- Lokasi pertamanya - di Tingkat 3, di Plaza MPK dengan keluasan pejabat kira-kira 300 kaki persegi dan di kongsi bersama salon yang membuat rawatan wajah.
  • 2000- Kemudian Sendayu Tinggi Enterprise bertukar lokasi di Tingkat 3 dengan keluasaan lebih 2000 kaki persegi di Plaza MPK dengan bilangan staf meningkat menjadi 12 orang.
  • 2001 – Pn Rozita membeli bangunan yang terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang dan berpindah ke sana pada tahun 2002.
  • Antara anak syarikat Sendayu Tinggi :
- Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. - Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd. - Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd. - Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd. - St Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. - St Advertising Agency Sdn. Bhd. - C Max Exhibition & Promotion Sdn Bhd. - Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn. Bhd. - Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd. - Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd. - Jamu Ratu Malaya.

From Zero to Hero

Pemilik Nadicorp Holding Sdn. Bhd
Dato’ Sri Nadzmi Salleh berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau dilahirkan pada 1 Mei 1954. Dato’ Sri Nadzmi dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai, iaitu 10 orang adik-beradik. Bapanya adalah pegawai daerah dan kemudian menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Hobi beliau ialah mengumpul setem dan duit seperti kebanyakan. Selain itu, beliau juga gemar membaiki radio yang rosak. Mengikut beliau hobi ini adalah elemen penting untuk menghayati kejuruteraan dan sains.
Dato’ Sri Nadzmi Salleh memegang Ijazah Ekonomi dan juga Ijazah Sains, Kimia dan Matematik dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Ekonomi dan Statistik dari Universiti Miami, Amerika Syarikat. Dato’ Sri Mohd Nadzmi memulakan kareer beliau sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Putra Malaysia. Kemudiannya, beliau bekerja di Petronas sebagai eksekutif pemasaran di bahagian pemasaran antarabangsa selama setahun. Setelah itu, beliau dipelawa oleh rakannya untuk menyertai HICOM pada tahun 1982 sebagai Penolong Pengurus Bahagian Projek yang bertanggungjawab mengenal pasti dan menguruskan pembangunan projek. Kelahiran Proton yang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketika itu bermulanya khidmat beliau di dalam industri automotif nasional. Pada tahun 1984, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran Perkhidmatan di Edaran Otomobil Berhad (EON). Beliau dinaikkan pangkat kepada Pengurus Division. Beliau kemudian dilantik sebagai lembaga pengarah EON pada tahun 1989. Setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif EON yang pada ketika itu beliau berumur 36 tahun.
Setahun selepas Dato’ Sri Nadzmi mengetuai EON, menyaksikan peningkatan keuntungan sebelum cukai EON daripada RM 38 juta kepada RM 120.6 juta. Beliau kemudian ditukarkan kepada Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Proton pada November 1992. Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Proton. Kemudian beliau berundur dari PROTON dan menubuhkan Nadicorp Holding Sdn. Bhd yang perniagaan terasnya adalah pengangkutan awam. Kini beliau boleh berbangga kerana Nadicorp Holding Sdn. Bhd kini merupakan syarikat terbesar dalam pengangkutan darat awam dengan memiliki Transnasional yang mempunyai asas pengguna sebanyak 60 juta pengguna setahun. Nadicorp juga mempunyai beberapa anak syarikat dalam pembangunan hartanah.
Dato’ Sri Nadzmi merupakan seorang yang sentiasa gembira dan tersenyum. Perwatakan beliau menyebabkan beliau disenangi ramai dan digeruni lawan. Semasa beliau memegang jawatan di EON, beliau banyak bertemu pegawai kanan dan pengerusi syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan banyak belajar dari mereka. Beliau juga banyak belajar pengurusan dan perniagaan melalui rakan-rakan rapatnya yang sama-sama melontarkan buah fikiran dan pendapat dalam selok belok dunia bisnes. Dato’ Sri Nadzmi juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat besar. Antaranya adalah Pengerusi Mara Holding Sdn. Bhd, Pengerusi R.J Reynold, Pengerusi Eksekutif ERL, Pengarah/Pengerusi Len Brothers Rubber Products Industries Bhd. Dan Pengarah SIRIM.
Dato’ Sri Nadzmi juga tidak terlepas dari menghadapi pengalaman buruk dalam perniagaannya antaranya kesilapan memilih pengurus yang tidak setia. Menurut beliau, terdapat dua jenis pengurus iaitu seorang yang melaksanakan sesuatu dan seorang yang langsung tidak mempunyai idea tentang perkara yang berlaku. Beliau menganggap kesilapan sebagai satu kos perniagaan. Oleh itu, pekerja yang berkualiti ialah pekerja yang tahu untuk belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya. Selain itu, Dato’ Sri Nadzmi berpendapat bahawa seseorang usahawan seharusnya tahu bagaimana melakukan sesuatu pada masa sesingkat dan serendah kos yang mungkin.
Beliau diaugerahkan Malaysian Business Man of The Year pada tahun 1986. Pada 1993, beliau dinobatkan sebagai National Outstanding Youth Malaysian Award di bawah Kategori Bisnes dan Ekonomi Inovasi. Beliau juga terpilih sebagai ahli Global Leaders for Tomorrow di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Sesuai dengan anugerah yang diterima, Dato’ Sri Nadzmi telah diberi berjaya mengendalikan syarikat-syarikat kerajaan yang bermasalah seperti PROTON, MARA, Park May Sdn. Bhd dan BAM.
Sebagai usahawan yang berjaya beliau sring member tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB dalam mengharungi selok belok perniagaan. Ini adalah nasihat beliau :
“ Anda mesti mempunyai sikap rajin. Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dankesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai.
Tanpa minat yang tinggi,kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang. Anda mesti mempunyai keyakinan diri. Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad, keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato" Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato" Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan.Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi,tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya. Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting. Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh dan positif.
Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta. Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan perolehinya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.
Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan. Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatuyang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .
Belajar dari kesilapan.Menurut Dato' Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah "post mortem", kaji kesilapanyang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai. Ambil tindakan berasakan keutamaan. Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara.
Menurut Dato' Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.
Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Menurut Dato' Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah.Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya. Dato' Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah:
- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik
- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
- kreatif dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.
Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya.Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan,Insyallah”.
Antara produk yang ditawarkan oleh NADICORP
Dilengkapi dengan teknologi terkini dan sokongan industri, produk kami berkisar dari tayar penumpang berkualiti tinggi untuk trak ringan, trak besar dan tayar off-road (penggerak tanah). Kami adalah salah satu daripada hanya empat "retreaders diberi kuasa" daripada Goodyear.
Usmeta  
1) Tayar Celup
2) Produk Perdagangan:    
- Tayar Baru    
- Jenis aksesori seperti tiub, flap rim, injap tanpa lampu.

Product Showcase

Syarikat          :Shaklee Malaysia
Produk            :Kesihatan Badan, Kesihatan Kecantikan, Kesihatan Kediaman
Alamat           : Shaklee Products (M) Sdn Bhd A-3A-02, Empire Tower Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
Sila Hubungi:Ibu Pejabat Shaklee Malaysia
No. Telefon:603-5622 3188
No. Faksimili :603-5622 3199
Emel               :customerinquiry@shaklee.com.my
Laman Web:www.shaklee.com.my
Syarikat          :Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
Produk           : Makanan Pembuatan makanan, dengan menyenaraikan 33 jenis produk di bawah 4 kategori utama : Serbuk Rempah Campuran, Pes Pemprosesan, Kicap dan Tepung Campuran.
Alamat           : Lot 136, Rawang Integrated Industial Park, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Sila Hubungi:Ibu Pejabat Adabi
No. Telefon:+06 360923677
No. Faksimili :+06 360916945
Emel               :info@adabi.com.my
Laman Web:www.adabi.com.my
Syarikat          :Tupperware Brands Malaysia
Produk            : Penyimpanan Perintis dalam produk penyimpanan inovatif, Tupperware telah berkembang menjadi sebuah entiti global yang dipercayai dan dihormati
Alamat           : No.6, Jalan SS13/4, Section 13, Subang Jaya Industrial Estate, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Sila Hubungi:Ibu Pejabat Tupperware
No. Telefon:1300 88 5500
Emel               :tupperware@gmail.com
Laman Web:www.tupperware.com.my
Syarikat          :HPA International Center (HPAic)
Produk          : Kopi Pracampuran RADIX® ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix. RADIX® terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Halban, Larak, Teja Lawang, Tebu Gajah Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar
Alamat            : Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Sek 13, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Sila Hubungi:Ibu Pejabat HPA
No. Telefon:+603-5511 9717
No. Faksimili :+603-5511 8717
Emel               :hparawang@yahoo.com.my(cawangan rawang)
Laman Web:www.hpanet.my/hpanet/radix.php
Syarikat          :HAI-O MARKETING SDN. BHD.(cawangan Johor Bahru)
Produk           : Penapis Air NanoBio Aura Hi-Tech Water System yang menggabungkan teknologi Nano dapat membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air minuman secara optimum.
Alamat            :102A, Jalan Cantik 1, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, JB, Johor.
Sila Hubungi:Quek Wee Boon
No. Telefon:07-8611179
No. Faksimili:07-8611179
Emel               :quekwb@hai-o.com.my
Laman Web:www.hai-omarketing.com.my
Syarikat          :Akeetoons Sdn Bhd
Produk           :Akeetoons Edutainment E-Content Suite
Alamat           :Suite 31-8-15 The Ceo Lebuh Nipah 5, 11950 Pulau Pinang
Sila Hubungi:Mr. Stanley Lim
No. Telefon:04-6436721 012-4729001
No. Faksimili :04-8299817
Emel               :akeepenang@gmail.com
Laman Web:www.akeetoons.com
Syarikat          :Almiva Upholstery & Design International Sdn Bhd
Produk           :Set Sofa dan Meja Kopi
Alamat           :30, Jalan BP 5/9 Bandar Bukit Puchong 47100 Selangor
Sila Hubungi:Mr. Ong Seng Boon
No. Telefon:03 - 80616613
No. Faksimili :03 - 80683768
Emel               :info@alfred-groud.com
Laman Web:www.almiva-int.com
Syarikat          :GP Microfibre Enterprise
Produk            :Kain pembersih microfiber, mop microfiber, tuala microfiber
Alamat            :MBE Damansara Perdana G-20, Jalan PJU 8/3 Petaling Jaya 47820 Selangor
Sila Hubungi:L K Chia
No. Telefon:03 - 78428633
No. Faksimili :03 - 78429668
Emel               :mkt@gpmicrofibre.com
Laman Web:gpmicrofibre.diip.net
Syarikat          :A1 Glove Manufacturing Sdn Bhd
Produk           :Sarung Tangan Getah
Alamat           : 5-G , Jalan S2B1 Lake View Square, Seremban 2 Seremban 70300 Negeri Sembilan
Sila Hubungi:Ms. Lim Sook Chin
No. Telefon:06 - 6012468
No. Faksimili :06 - 6014199
Emel               :marketing@a1glove.com
Laman Web:www.a1glove.com
Syarikat          :Kulitkraf Sdn Bhd
Produk           :Kasut Keselamatan dan Kerja, Kasut Lelaki
Alamat           :5, Jalan 19/1 Petaling Jaya 46300 Selangor
Sila Hubungi:Mr. Muzafar Shah Mustafa
No. Telefon:03 - 79574633
No. Faksimili :03 - 79577480
Emel               :kulitkraf@kulitkraf.com
Laman Web:www.kulitkraf.com